Bila keputusan PMR keluar ni ?

Bismillahirrahmanirrahim | Hai reader(s)
Ingat lagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula pada 9 Oktober lalu ? Dah lama tamat bukan. Debaran yang dirasakan oleh akak dan abang yang berada dalam tingkatan 3 hilang. Tetapi kini debaran itu kembali semula.
Dibawah ialah satu entri tentang keputusan PMR yang di copy dari sumber utama. Ini hanyalah jangkaan. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Nampaknya, agak sukar untuk mengagak bilakah tarikh pengumuman keputusan PMR 2012. Melihat kepada tarikh pengumuman keputusan PMR 2010 dan 2011, kedua-duanya adalah pada hari Khamis. Keputusan PMR 2010 diumumkan pada 23 Disember 2010, manakala keputusan PMR 2011 diumumkan pada 22 Disember 2011.
Rujukan:
Berdasarkan kepada tarikh untuk dua tahun kebelakangan, dijangkakan keputusan PMR 2012 akan turut diumumkan pada hari Khamis yang jatuh sebelum perayaan Krismas berlansung. Kebiasaannya, cuti panjang akan diambil bermula Krismas iaitu 25 Disember sehingga ke Tahun Baru. Berdasarkan takwim persekolahan 2013, sesi persekolahan akan bermula pada 1 Januari 2013 bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Jadi, tarikh yang paling diyakini akan menjadi pilihan sebagai tarikh pengumuman keputusan PMR 2012 nanti adalah pada 19 Disember 2012 (kerana 20 Disember adalah Hari Hol Almarhum Sultan Johor). Jangkaan ini adalah berdasarkan kepada situasi di atas dengan perbandingan yang dibuat berdasarkan tarikh pengumuman PMR tahun-tahun sebelumnya.
Apa kata anda tentang tarikhnya ? :)
Credit :
Sumber Bernama 

3 comments:

Melolyn said...

19/12 , insyaAllah kali ni betul ^___^

http://alynhyunnie.blogspot.com/2012/12/result-pmr.html

Ƞurul Ƨyafiqah said...

19/12 tarikhnya.Memang tarikh tu ;)

Syazhr said...

@Ƞurul Ƨyafiqahreally eh ? Oh okay. Good Luck :D

 
...
Diubahsuai sendiri dengan bantuan otai otai blogger yang lain. Terima kasih kerana sudi menjejakkan jari di sini