9 sebab hubungan tidak mampu bertahan


1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sesebuah perhubungan . Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat . Ada yang menipu untuk "menyelamatkansesebuah perhubungan. Namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka . Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan .

2. Harapan/Kebebasan
Ada pasangan yang meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah merka bergantung penuh kepada pasangan . Ada lelaki yang menyukai hal ini tetapi ada jugak sebaliknya Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan . Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan , tetapi dikongkong . Hal-hal beginilah yang membuatkan perhubungan tersekat . 

3. Terlalu memikirkan aspek perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis . Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami . Bila semua ini ada baruah perhubungan boleh sampai ke peringkat yang lebih serius . Tapi sesetengah wanita , baru sahaja berkenalan terus sahaja berharap akan berakhir dengan perkahwinan . Mereka takut jika perhubungan yang dijalinkan sia-sia sahaja . Jadi , kalau timbul konflik ini , perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit hal yang lalu 
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengugkit hal-hal yang lepas . Apatah lagi jika mengunkit akan kekasih lama . Belajarlah dari kesilapan , jangan mengunkitkan kisah lalu jika kamu sayangkan perhubungan . Yang lepas tu biarlah berlalu dan jangan dikenang kembali .

5. Berbeza pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan , perbezaan pendapat memang sering terjadi . Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan  hal-hal inilah yang akan membuatkan pasangan sering berbalah . Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan . Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan . 

6. Status yang tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan . Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri . Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka sahaja . Yang si dia tu hebat sangat ke ? hm .

7. Hal-Hal yang menyakitkan hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati . Malah sanggup melakukan hal-hal yang bodoh semata-mata mahu menyakitkan hati orang lain . Jadi kalau inilah yang terjadi , hubungan kamu pasti tidak akan bertahan lama . Lebih teruk jika tidak ada "chemistry" antara kamu dan si dia . 

8. Kehidupan yang sangat mendesak
Ada sesetengah pasangan yang memang suka menyusahkan pasangannya . Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakitkan hati kekasihnya . Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalnya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik .

9. Kawan-kawan dan keluarga
Tidak mustahil kawan-kawan dan keluarga juga membuatkan sesebuah perhubungan menjadi tidak stabil . Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan . Jangan salah sangka . Orang yang kamu sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarga tidak menyukainya . Restu keluarga itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan .

credit to kak Lyssa

2 comments:

Nurul said...

Wah! Akak ni pandai betul bab-bab hubungan nikan ? Thanks for the info!

PMR candiates 2013 said...

@Nurulhaha , takdelah sangat dear :) sama-sama

 
...
Diubahsuai sendiri dengan bantuan otai otai blogger yang lain. Terima kasih kerana sudi menjejakkan jari di sini