Kejamkah aku ?

Hai dan Assalamualaikum reader(s)

Badmood ? Haha.Tak adalah. Ira happy saja :) Cuma adalah sikit-sikit tu perasaan tidak senang hati. Siapa buat ya ? Hamba Allah. Biasalah manusia. Even Ira sendiri buat salah, samalah orang lain. Untuk makluman, post ini bukan untuk menyakitkan/menyinggung perasaan sesiapa pon. Jika ada yang terasa diharap beritahu Ira. Tak kira dekat comment atau personal pon boleh. Bagitahu dekat page. 

"Kawan tikam Kawan"

Istilah ni dah biasa digunakan. Istilah lain boleh digunakan is Talam Dua Muka. Seronok ke jadi kawan yang macam ni? Boleh Ira tahu apa kelebihan jadi seorang sahabat sebegini. Jika anda boleh beri kelebihannya bermakna anda seorang yang tegar berbuat demikian.

Contoh yang boleh Ira berikan ialah anti sesama kawan. Zaman remaja sekarang ini biasalah. Tambah-tambah lagi kepada remaja yang seusia Ira ni. Sikap tidak puas hati terhadap rakan-rakan itu biasa. Jika dia dapat lebih markah, dan dipuji. Pasti kita akan berasa tercabar kan? Sama juga seperti sikap seseorang yang sebelum ini agak keanak-anakan. Tidak perlulah kita mencaci mahupun mengeji mereka.

Kesimpulannya berhentilah judge dari luaran seseorang dan cuba berbaik dengan mereka sebelum anda membuat suatu kesimpulan :)
 
...
Diubahsuai sendiri dengan bantuan otai otai blogger yang lain. Terima kasih kerana sudi menjejakkan jari di sini