Bermulalah suatu kisah tentang seorang gadis yang diberi nama Nurul Asyiqin dan juga merupakan anak sulung kepada Encik Johar bin Kadis dan Puan Anita binti Tahir. Gadis diatas ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cheras bharu dan diikuti dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah.
Ewah , macam dia ni artis pula. Haha. Ira kenal dia ni waktu sekolah menengah. Mula-mula tu, kami memang tak bercakap. Dia pun pendiam orangnya. Kami berdua rapat sebab duduk sebelah-sebelah dalam kelas 1KAA1 (2011). Sejak daripada itu banyak yang kami kongsi bersama.
Tapi tahun ni kami terpaksa berpisah. Dia berada dalam kelas 2KAA2 manakala Ira dalam kelas hadapannya. Kami tak serapat dulu. Susah senang kami tidak lagi bersama kerana Ira sudah bersama kawan baru dan dia juga begitu. Fatin , Aisyah , Maisyarah , Syahmi , Ajlaa , Amy , Haziq , Iskandar , Haqimi , Raja. Mereka semua menggantikan Ira dan rakannya sebelum ini. Kadang-kadang Ira cemburu melihat mereka bersama sedangkan Ira ? Hanya duduk di tepi dan melihat sahaja. Hmm :')
inilah mereka semua. warna purple tu asyiqin :) |
Masa untuk ucapkan selamat tinggal sudah tiba. Dibawah Ira sertakan gambar-gambar terakhir Ira bersama dia dan rakan-rakan. Semoga memori ini kekal dihati.
Ya Allah , aku permudahkan lah dirinya dan keluarganya untuk memulakan hidup baru di Melaka itu. Kau jagalah mereka dengan keredhaan dan kerahmatan mu. Kau bantulah mereka dalam susah senang hidup mereka. Sesungguhnya hamba mu disini selalu merindui mereka. Aminn :')
Dan gambar favourite Ira bersama dia :'(
Ira berharap dia tidak sesekali akan melupakan kami semua yang berada disini. Maafkan Ira kalau Ira ada buat kesilapan pada Asyiqin. Semua yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Ira sendiri. Akhir kata , terimalah lagu ini. Asslamualaikum.
Doa perpisahan :')
2 comments:
That was so nice.. Dude I miss her too :'O
@-MΔRINI MK-thanks there mrs bieber. I miss her a lot </3
Post a Comment