Assalamualaikum and Hai there reader(s)
Entry hari ini, Ira buat simple je. Ira pasti, mesti ramai yang alami dilemma. Adakah anda patut pilih rakan sepejuangan atau partner/kekasih anda ? Kalau tanya Ira sendiri pun, Ira juga tak pasti siapa yang patut dipilih. Tetapi, dalam entry ini, Ira nak share sedikit sebab-sebab, faedah serta kesan jika anda pilih rakan/kekasih sebagai penyeri hidup :)
Kawan
- Tempat kita meluahkan perasaan. Kalau dah dalam sehari tu, asyik ditimpa nasib tidak baik, mesti kita cerita dekat kawan. Ataupun, kita terjumpa crush, sure kita akan beritahu kawan dulu. Tak akan cakap dekat mak kot kann.
- Perangai gila-gila. Bila dengan kawan jelah kita tunjuk sikap gila-gila kan. Ada je idea nak buat orang tertawa. Tak pernah lagi nampak orang buat perangai gila-gila dengan ibubapa dia. Mungkin ada. Tapi tak sekerap apabila bersama rakan.
- Penyeri hari. Macam no.1 juga. Kawan ni sentiasa ada untuk kita. Walaupun ada sesetengah orang mengamalkan sikap, "bila susah, cari kawan", tetapi ada juga kawan yang tetap setia bersama. Betul tak ? Kalau dah dalam sehari tu asyik badmood je, siapa yang ceriakan anda ? Kawan :)
- Bab Merajuk. Hahh. Kalau dengan kawan ini, merajuk tak ingat duniaaa. Benda kecil je pun. Contohnya, kawan terrosakkan correction tape. Perh, marah dia melampau-lampau. Sampai taknak bertegur.
Kekasih
- Tempat Bermanja. Biasanyaa, kita akan bermanja dengan kekasih. Kalau sakit sikit, mesti mengadu dekat kekasih. Demam sikit pun, nak mengadu. Bermanja lah tu kan.
- Kena Cover ayu. Kalau dengan kekasih ini, tak pernah lagi lah Ira nampak cara seseorang itu dengan kekasih sama dengan cara dia dengan kawan. Walaupun kekasih tu sebenarnya kawan baik dulu. Sebab bagi seorang perempuan, mesti taknak tunjuk perangai sebenar pada kekasih. Takut kekasih lari dok. Haha
- Bab merajuk. Kalau dengan kekasih ini, bila merajuk je, mesti nak suruh pujukk. Kalau kekasih tak pujuk, mula lah update status, "Ishh. Pakwe/makwe aku tak kisah dah pasal aku. Yelah. Aku ni siapa kannnn ~ :'(" Haish.
Alright. Ira rasa itu sahaja. Cuba anda renung-renungkan. Tinggalkan komen anda. Ira akan review semuanya di dalam entry selepas ini. Mari pilih. Kekasih atau kawan. :)
P/s : Boleh juga inform Ira dekat facebook, twitter, atau dimana sahaja anda boleh contact Ira.
1 comment:
Kawan for sure :)
Post a Comment