Si dia tidak disukai oleh keluarga korang.
Korang semestinya menyemarakkan api yang sedang menyala ! Sebaiknya , diamkan sahaja perkara itu daripada diketahui si dia. Sementara menunggu masalah reda, korang bolehlah memujuk keluarga untuk menerimanya dengan memberitahu perkara baik tentang si dia. InsyaAllah , keluarga korang akan lebih memahami
“Saya suka dengan”..
Ini penting ! Tolonglah jangan sesekali memberitahu si dia andai korang tertarik dengan mana-mana lelaki atau wanita yang lebih tampan dan cantik dari si dia . Mungkin niat korang tu untuk mengagumi kecantikan dan ketampanan seseorang itu dan tiada niat untuk mencurangi si dia.. namun ia akan tetap menyinggung perasaan si dia. Jadi , untuk mengekalkan perhubungan korang , elakkan daripada berbuat demikian erkk. Hehe . Nasihat Lyssa je ni ^_^
Simpan Rahsia Kelemahanmu
HEHE . Yang ini agak melawakkan lah . Kalaulah korang ni , jenis lelaki yang takutkan labah-labah atau pun cicak mahupun lipas.. simpan rahsia itu sebaiknya. Begitu juga dengan perempuan ! Jika korang ni seorang yang kuat berdengkur ketika tidur ke, tidak perlulah diberitahu pada si dia. Biarkan pasangan korang tu tahu rahsia korang secara natural sepanjang berhubungan dengan korang je. Takut-takut dalam diam-diam si dia lari bila dengar rahsia korang tu . hehe~
Bandingkan dirinya dengan kekasih yang terdahulu
Opss ! Tiada orang yang suka dirinya dibanding-bandingkan dengan orang lain , terutamanya hal yang buruk-buruk . Jika korang pernah berbuat sedemikian .. haa. Korang sebenarnya telah menempah satu hubungan yang agak singkat . So , kotang dilarang untuk berbuat demikian ye . Ingat taw pesanan Lyssa ni . hehe~
Jangan jadi ‘anak emak’
Eh . eh. Manja nya ! haha . Berapa kali dalam sehari korang menghubungi mama korang ? Jika jawapannya kerap kali , sebaiknya korang kurangkanlah sedikit . Tidak salah untuk bermanja tetapi tidak perlu lah setiap hal yang korang lakukan harus dilaporkan kepada mama korang tuh . Alahai.. memang lah Nampak agak baik + sweet kan bila contact dengan mama . Tapi tak rasa ke girl/boy korang tu suka dengan perangai korang tu ? Anak Emak !? Siapa suka ? haha~
Hobi yang Pelik
Ada juga dalam kalangan korang yang suka mengumpul barangan ‘transfomer’ atau jam-jam antic mahupun , si pengumpul telur-telus cicak ?! Hah ? Ada ker ? Mestilah ada.. Tetapi , korang perlu sedar . adakah si dia tu , dapat menerima hobi pelik korang tu . Janganlah pula korang jadi insane yang baik dengan memberitahu si dia tentang hal pelik-pelik tu . Peluang untuk si dia ditinggalkan sangat dan teramatlah tinggi ! Jaga-jaga ;)
“Saya tidak suka awak berkawan dengan...”
Jangan sesekali merendah-rendah atau memperlekehkan teman-temannya. Sebaik-baiknya korang beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka biarpun ada di antaranya korang sukar untuk disenangi. Perlu diingat jika korang baru sahaja dengan si dia , jangan senang-senang je kamu memperkatakan keburukan temannya . padahal , si dia sudah mengenali temannya lama daripada diri korang tu sendiri . So , jangan lah korang terlalu sangat mengongkong diri si dia pasal hal2 kawan ni .
Perkara Yang Memalukan Sebelum Ini
Sekarang ni , korang ada terfikir inilah masanya yang sesuai untuk korang memperlihatkan kejujuran korang tuh di mata si dia dengan memberitahu bahawa korang pernah menduakannya sebelum ini. Walaupun si dia bagitahu korang yang si dia tidak ada rasa apa-apa , sebenarnya si dia tebal dengn sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila.. Oleh itu , berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang korang tanggung sekarang ni . Alar. Tak payah lah susah-susah nak jadi budakk yang terlalu jujur. Ini akan mendatangkan masalah dalam perhubungan korang tu !
Tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi
Aiyoo , yang ni seksi ke seksa ? Bhaha xD Jangan sesekali beritahu si dia pasal ni ya kalau tidak bersedia laha untuk hubungan yang hambar dan kurang berkasih sayang.
Ni je yang Iera nak share. Watch out semua :)
No comments:
Post a Comment