Puasa puasa ! Dah ganti ke belom ek ?


'Entry kedua untuk harini ? Wah rajinnya Iera update' Haha , macehh :D Bukan apa , alang alang idea tengah banyak dengan mood yang ceria selalu ni , baik kita update blog , right ? Nak tunggu peserta baru untuk giveaway Iera tuu rasanya berabad lagi kot T_T Hmm , giveaway pertama kurang mendapat sambutan hangat daripada blogger sekalian . Takpelah . Iera akan tingkatkan usaha lagi lepas ni :) Eh eh , lari tajuk pulak kau minah . dah dah :p

Eh korang , harini berapa hari bulann ? Taulah 22 June , maksud Iera dalam bulan Islam harini berapa haribulan ek ? Siapa ingat ? Hah , ni mesti sibuk dok godek godek calender kuda dekat rumah korang tuu kan ? Cepat Iera bagi 3 saat . 3..2.....1 ! Tettt , haha harini 22 june 2012 bersamaan dengan 2 syaaban 1433 hijrah . Wah dah syaaba . cepatnya masa berlalu . Lagi 28 hari nak ramdahan . Hehe , wanita wanita sekalian , sudahkan anda menjelaskan hutang puasa anda pada Allah ?



Jika ada yang belum menlangsaikan hutang , baik langsaikan dengan segera . Apa salahnya kita bermula puasa awal sebagai persediaan menghadapi bulan paling mulia di sisi islam kan ? Tak usahlah kita bermula secara paksaan . Melakukan ibadah kepada Allah mestilah dengan hati yang terbuka serta ikhlas melakukannya mudah mudahan diberkati Allah . Siapa ingat lagi niat puasa ? Nah , baca dekat bawah ni .


Ingat ye , jangan lupa ganti puasa anda yang lepas lepas tuu . Peringatan buat diri Iera sendiri juga ni . Moga ramadhan tahun ini diberkati Allah . Aminn ~

No comments:

 
...
Diubahsuai sendiri dengan bantuan otai otai blogger yang lain. Terima kasih kerana sudi menjejakkan jari di sini