Assalamualaikum and Hai there reader(s)
Seperti yang dijanjikan sebelum ni, Ira akan update tentang memori 2013 bersama orang yang tersayang di blog ni. Entry dah siap. Tinggal nak publish je sebenarnya. Tapi malas :p Haha. Okay. Mari mulakan.
Tahun Dua Kosong Satu Tiga tak bermula dengan baik. Tapi Ira bersyukur akhirnya dah sampai bulan Disember. Ada beberapa perkara yang tak mungkin dilupakan berlaku. 01012013. Nurul Asyiqin Binti Johar berhijah ke sekolah baru dan meninggalkan SMKPI. Hari terakhir sekolah 2012, memang sedih betul. First time Ira nangis depan kawan kawan yang tak berapa rapat. Haha :p
Ni lah orangnyaa. Kecil molek je. Alhamdulillah dapat berkawan dengan dia agak lama. Hampir 3 tahun. Harap persahabatan yang terjalin kekal. Hmm, ni dugaan pertama. Pada 03012013, sorang lagi kawan Ira berhijrah meninggalkan SMKPI. Memang tidak dijangka tapi Allah Maha Mengetahui. Nadiah binti Zainal Abidin. Dia antara kawan yang terbaik Ira pernah ada selama ni. Ala kalau gaduh tu memang adat lah kan. Sama dengan Asyiqin. Mereka meninggalkan kesan yang ketara pada ira apabila mereka berhijrah. Tapi Ira bersyukur hubungan kami tak terputus.
Itulah gadis yang dimaksudkan. S.A.M.A.N berpecah. Taktahu lagi SAMAN tu apa ? Haha. Mohon pergi scroll dekat blog archive Ira dan cari :p Tinggal lah Ira, Marini dan Ajlaa. Sepanjang tahun ni, banyak duka banyak tawa yang berlaku walaupun hanya kami bertiga. Hmm, pasal relationship Ira ? Awal tahun 2013 ni, Ira terpaksa mengorak langkah, menukar peraturan hidup Ira. Tapi nak tahu apa jadi ? Nanti Ira cerita dalam next part tauu.
No matter what happen, Ira, Nadiah, Marini, Ajlaa dan Asyiqin akan tetap menjalinkan hubungan sebagai rakan. Saling tegur menegur. Saling bermaaf maafan. Saling bergelak tawa. Saling bersama ketika berduka. You're number one for me :)
Banyak pasal mereka berlima kan dalam part 1 ? Haha memang sengaja pun. Sebab akan muncul orang baru in next part
Psst. Tulah SAMAN. Tapi ni gambar tahun lepas. Kami semua berumur 14 tahun. Kecuali budak kecil pakai baju purple tu. Hehe. Awesome memory. But I will update later. Bye guys :)
No comments:
Post a Comment